Wednesday, September 5, 2012

Aidilfitri - Part II

Tidak mampu digambarkan perasaan ketika melihat wajah asben selepas hampir dua bulan tidak bertemu. Syukurlah kerana dia sihat walafiat selepas kecederaan kaki awal Ramadhan lalu. Tetapi...Ya Allah, dia sngt kurus. Mungkin sebab berpuasa + training juga. Saya sngt risau sbb sayalah yg lebih gemuk. Huu..haruslah diet dgn lebih gigih. Diet la sngt. Ahha.


Ermm..let's d pics tell us d story...


Walaupun perasaan sungguh riang ria apabila berjumpa n berhari raya bersama suami, kami sngt susah hati tentang pengangkutan kami untuk balik dr Pulapol ke stesen keretapi Bahau. Asben bertanyakan no. telefon kepada beberapa pegawai di Pulapol. Ciannya en. asben sbb ke hulu ke hilir bertanyakan no tel dgn berkawad bagai. Sewaktu kami ke Masjid Pulapol menunaikan solat Zohor, no tel teksi masih belum dpt. Sehinggalah hampir pukul 4. En. asben bgtau boleh tumpang seorang lelaki yg datang melawat kawannya. Lelaki tu nk blk Seremban n blh tumpangkan kami ke Stesen KTM Bahau. Syukurlah.

Rupanya, pegawai yg bertugas di Pulapol tu bertanyakan setiap pelawat yg dtg. Dtg dr mana n dgn siapa. Untuk membantu kami mendapatkan pengangkutan ke KTM Bahau. Sngtlah helpful. Lalu jumpalah dengan En. Arif yg dtg melawat kawannya pelatih En. Shahab. Pegawai tu bg no badan dan nama En. Shahab pd en. asben. Ke sana ke sini jugalah en.asben memcari pelatih berkenaan. Yela. Punyalah ramai pelatih yg bertemu pelawat. Tp berkat usaha gigih en. asben bertemulah juga dgn En. Arif n En. Shahab. Dptlah kami tumpang En. Arif yg baik ati ke KTM Bahau. Terima kasih ya pegawai pulapol, En. Shahab, En. Arif n en. asben sbb tlg kami dpt blk dgn selamat. Kesimpulannya, walaupun polis ni tegas, tp diorang helpful juga. Yela. siap tanya sorang2 tu pelawat yg dtg sbb nk tumpangkan kami blk. 

Maka dapatlah kami pulang dgn selamatnya dan berakhirlah sesi beraya bersama en. asben di pulapol. Bila balik bersambunglah episod penantian en. asben tamat latihan. 

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN 
dr Puan Punya Blog, En. Asben & seluruh keluarga.

Aidilfitri Part I boleh klik di sini


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...