Friday, November 9, 2012

Gambar ini


From : Fb Sebelum engkau halal bagiku

Sungguhlah indah. Sebuah keluarga sakinah itu. Ya Allah, semoga aku juga begini. 

Wednesday, November 7, 2012

Penantian sudah menemui jawapan

Perbualan telefon sebaik sahaja keluar dari bilik supervisor, 6 Nov 2012

Suami    :  Abg minta kawan tolong check tempat posting kt Bukit Aman. Dh dapat tahu keputusannya.
Isteri      :  Owh ye ke. Dpt kt mana? (Dengan rasa teruja yang amat untuk tahu)
Suami    :  Erm..tekalah...
Isteri      :  Huu..x boleh nak teka...Kelantan la kot..
Suami    :  Memang x mungkinlah dapat negeri sendiri.
Isteri      :  Habis tu ? (Dlm ati : Grrr..ala..bgtau je la)
Suami    :  Pernah dgr Kapit, Sarawak x? Erm dlm 3 jam perjalanan naik bot. Abg dapat Pasukan Gerakan                   Am...kena sambung training lagi 3 bulan.
Isteri      :  Ha..iya ke? (Dengan nada mendatar..Gaya2 pasrah tp tgh pk mcm2 dlm kepala)
Suami    :  Haah. Awak ok ke?
Isteri      :  Abg ni betul ke? (Ada berbaur nada tidak percaya)
Suami    :  Hahaha..(gelak jahat).x adalah..kena posting negeri sebelah je..
Isteri      :  (Bluurrr) Kt mana? Aduish.cuba bgtau btl2...
Suami    :  Kena lapor diri kt IPK Tganu

Syukur AlhamduLillah..sekurang2nya en.suami tidak ditugaskan di negeri yang pelik2. Ada ke negeri yg pelik? Hehe. Sy agak lega. Walaupun sebelum berita disampaikan, saya sudah semaikan dalam diri sendiri, redhalah walau suami ditugaskan di Sabah/Sarawak. Apapun, sy yakin, Allah SWT adalah sebaik2 perancang. Pasti ada hikmah suami ditempatkan di Terengganu.

Ya Allah, tempatkanlah aku pada tempat yang diberkati dan Engkau adalah sebaik-baik pemberi tempat.
Al-Mu'minun : 29

p/s : Semoga hari-hari mendatang menjanjikan sesuatu yg lebih baik untuk kita. Peace no war. Hehe =)

Monday, November 5, 2012

Cermin diri


pic from en.google

Dari 8 orang ini, periksa diri, dengan siapa kita bergaul saban hari.
  • Bergaul dengan orang kaya, akan bertambah kecintaan pada harta
  • Bergaul dengan orang miskin, akan bertambah sifat redha
  • Bergaul dengan para penguasa, akan bertambah sifat takabbur
  • Bergaul dengan wanita/ lelaki bukan mahram, akan bertambah syahwat
  • Bergaul dengan kanak-kanak, akan cinta pada permainan
  • Bergaul dengan orang fasik, akan bertambah keberaniaan berbuat maksiat & melambatkan taubat
  • Bergaul dengan orang soleh, akan bertambah keseronokan untuk membuat amalan
  • Bergaul dengan orang a’lim (ulama), akan bertambah ilmu & semangat untuk mengamalkan agama

Jadi, dengan siapa sebenarnya kita bergaul saban hari kerana itu cerminan sifat kita…

Sumber : twitter @DrAnwarFazal

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...