Monday, September 30, 2013

Study in progress

Study in progress. Seorang satu meja. TV harus off. Fokusnya la hai. 

Apabila suami bakal menduduki peperiksaan. Isteri pula ada kerja yang berlambakan. Maka setuplah study room express. Study merangkap family quality time merangkap dating di rumah. 

Kepada adik-adik remaja-remaji pemuda pemudi siswa-siswi dan siapa-siapa yg seangkatan dengannya, pilihlah cara dating atau bersama yang dihalalkan. Pasti lebih indah dan seronok. Plus plus bonus berkat lagi. InsyaAllah maruah terpelihara. Sama-samalah kita berusaha ke arah yg lebih baik. Peace


Friday, September 27, 2013

Enjoying my PortaWiFi

Banyak perkara yang mahu diupdate. Tapi terbantut kerana internet di rumah mengalami masalah yang bertimpa-timpa. Okay. Ceritanya begini.

Saya memerlukan internet di rumah bagi memudahkan kerja-kerja saya. Bukan sahaja kerja-kerja rasmi tetapi juga kerja-kerja tidak rasmi seperti mencari resipi apabila hendak memasak dan update blog juga.

Maka En.Husband telah melanggan PiWiWiMix. Setelah melanggan rupanya indahlah khabar dari rupanya. Tidak okay dan amatlah kami tidak berpuas hati sehingga membawa kepada complaint beberapa kali. Tetapi tiada jalan penyelesaian juga.

Alternatif lain. Kami membeli pula Instanet*. *Sila rujuk google untuk maklumat lanjut. Sekali lagi pelaburan sia-sia kerana Instanet menggunakan rangkaian Celcom maka haruslah jika kami menggunakan sim ini pada modem Maxis tidak akan berjaya. Peringatan penting. Biasanya modem Maxis hanya untuk sim Maxis sahaja. Celcom untuk sim Celcom. Modem mereka tidak menerima sim ahli keluarga lain melainkan keluarga mereka sahaja. Melainkan modem itu diunlock terlebih dahulu.

Huh. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk melanggan broadband yang standard, sim dan modemnya diberikan bersama, yang coverage lebih meluas. Dan inilah pilihan kami. AlhamduLillah.


Hehe. PortaWiFi by Celcom


Cucuk je & enjoying internet
Plug in pada soket boleh WiFi untuk 5 devices. Berbaloi-baloi. 

Dan inilah pakejnya. Silalah pilih ikut kemampuan. Kami pilih yang Basic je. Kuota pun tak banyak. Jadi silalah berjimat-cermat dan tidak mendownload sesuka hati. Sumber dari website Celcom


Semoga selepas ini rajinlah tuan tanah membuat kerja dan mengupdate blog juga. Terima kasih kepada tuan sponsor iklan ini.


Monday, August 5, 2013

Cerita 2 hari

Semalam
Godek2 fb, twitter, insta dan segala macam media sosial yang ada
Rata-rata update pasal status balik kampung, iftar, tarawih, bsahur dan semua cerita berkaitan berpuasa dan persediaan hari raya di kampung.
Sobs. Terasa juga memandangkan ini kali pertama tidak menyambut lebaran bersama keluarga di kampung.

Maka gatallah tangan untuk whatsap en. asben yang sedang bekerja.

"Abg, sume status kwn2 psl psiapan raya n jam blk kmpung. Abg x sdh ke?"

Berharaplah en. asben memahami perasaan sedih lalu memujuk seayat dua.
Tapi..Tapi.. dibalas whatsap tu dengan gambar ni.


 Ggggrrr. Bertuah punya suami. Tak terjawab whatsap beliau. Biarlah.

Hari ini
Saya x kira. Nk juga buat persiapan raya. Walaupun cuma kami berdua di rumah kecil ni. 

To do list : 
1) Washing our baju raya - ok done. 
2) Kuih raya - Memang x buat sendiri. X reti. Takut x jadi. X ada bahan. X ada peralatan. Err. Bnyknya alasan.

Maka terhasillah kuih raya kami seperti ini. Kuih tunjuk-tunjuk je. Janji ada kuih raya.


3) Bekas kuih raya - Nak jugak ada bekas. Sekali ada orang ketuk pintu nak beraya x kan nak hidang dengan bekas plastik camtu. 



Ok done. Begitulah persiapan raya tuan rumah blog ini. 

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.
Mohon maaf zahir & batin.


Sunday, July 21, 2013

Ramadhan Kareem


Really enjoy the video. Spirit booster bila rasa penat kadang2 singgah juga di fikiran.

Ramadhan kali pertama bersama. Baru tau rasa kalut2 nk menyediakan juadah bbuka n bsahur. Habis diperah segala idea untuk mendapatkan menu. Tp seronok. Semoga setiap amalan diterima olehNya.

10 pertama rahmat
10 kedua keampunan
10 ketiga bebas dari api neraka

Ayuh perkemaskan langkah
Kuatkan semangat
Semoga sama2 beroleh manafaat

Happy fasting everyone. Jom kejar kebaikan dan cuba ubah untuk lebih baik. =)

Sunday, July 7, 2013

rumah kecil tiang seribu

InsyaAllah
Trying 2 be a blogger back.

Currently I'm writing from my 'rumah kecil tiang seribu'. AlhamduLillah after more than a year being apart with my husband, now we can stay together at this so called 'rumah kecil tiang seribu'. It's just a small apartment at this very urban area. But thanks to my husband. For providing a very good place for us to stay. InsyaAllah, semoga rumah ini menjadi Baiti Jannati. Home is where the heart is. 

 Simple Mimple


View from my window
Berangan 'HOLLYWOOD' sign kt hillside tu tp 'BUKIT HATAMAS' je

ok. happy weekend everyone =)

Thursday, July 4, 2013

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...