Sunday, September 30, 2012

tugasan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Ya Allah
Tuhan Yang Maha Agung
Mohon diberikan kekuatan kepadaku
Untuk menyiapkan segala tugasan ini
Mohon dipinjamkan sifat gigih dan sabar
Dijauhi dari sifat malas dan berputus asa
Ya Allah
Kuatkanlah semangatku
Semoga perjuangan di medan ilmu ini dalam rahmat, keberkatan dan kasihMu
Amin.


Wednesday, September 26, 2012

Thursday, September 20, 2012

Untuk para isteri...


Salah satu dari tanggungjawab isteri ialah memberi layanan yang baik kepada suaminya. Amatilah apa yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam banyak hadisnya mengenai ganjaran untuk para isteri. Antara lainnya ialah:

  1. Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun.
  2. Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suami lebih baik daripada isteri itu mengerjakan haji dan umrah.
  3. Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengerjakan 1000 ekor kambing untuk sebagai sedekah kepada fakir miskin.
  4. Apabila isteri hamil ia dicatatkan sebagai syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.
  5. Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan mesra terhadap suami adalah menjadi tasbih(zikir).
  6. Tidak akan putus ganjaran oleh Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya mengembirakan suaminya.
  7. Apabila meninggal dunia seorang isteri sedang suaminya redha nescaya dimasukkan ia ke dalam syurga.
  8. Seorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardukan keatasnya, berpuasa pada bulan ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suami maka berhaklah ia masuk ke syurga dari mana-mana pintu yang ia suka.


Demikianlah hak dan tanggungjawab isteri terhadap suami dan rumahtangga serta ganjaran pahala dari Allah kepada seorang isteri yang solehah.

Semoga kaum HAWA semua mendapat keberkatan oleh Allah SWT…

p/s : Syukur pada Allah. kerana memberi peluang menjadikan sy seorang isteri.. Terima kasih kepada suami tersayang. Kerana menjadikan sy Qurratu A'yun nya. InsyaAllah. 

Sunday, September 16, 2012

Cuti Hari Malaysia

Seronoknya public holiday. Berehat di rumah. Tiada tuisyen. Tiada kerja lab. Tiada manuscript writing yg nk dpt 1 perenggan pn susah. Huhu. Bangun pg ada masa untuk bersenam. Then kemas rumah. Pg pasar beli bahan basah. Masak. Update blog. Surely can't wait 4 next public holiday.. N dat time i wish mr.husband also b here.

Monday, September 10, 2012

Cerita kawan-kawan

cdt : en.google lagi


"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)

Saya ada seorang kawan. Namanya Cik Non. Dia ialah seorang kawan yang baik hati dan rajin. Maka setelah berkawan dengan Cik Non dapatlah saya menumpang kerajinannya dan menjadi sedikit rajin juga. Terima kasih Cik Non. Saya berdoa semoga kawan saya ini diberkati Allah, dimurahkan rezeki, mendapat jodoh yg baik, serta bahagia di dunia dan akhirat. Sekian saja karangan untuk kerja rumah sekolah rendah saya. 


Wednesday, September 5, 2012

Aidilfitri - Part II

Tidak mampu digambarkan perasaan ketika melihat wajah asben selepas hampir dua bulan tidak bertemu. Syukurlah kerana dia sihat walafiat selepas kecederaan kaki awal Ramadhan lalu. Tetapi...Ya Allah, dia sngt kurus. Mungkin sebab berpuasa + training juga. Saya sngt risau sbb sayalah yg lebih gemuk. Huu..haruslah diet dgn lebih gigih. Diet la sngt. Ahha.


Ermm..let's d pics tell us d story...


Walaupun perasaan sungguh riang ria apabila berjumpa n berhari raya bersama suami, kami sngt susah hati tentang pengangkutan kami untuk balik dr Pulapol ke stesen keretapi Bahau. Asben bertanyakan no. telefon kepada beberapa pegawai di Pulapol. Ciannya en. asben sbb ke hulu ke hilir bertanyakan no tel dgn berkawad bagai. Sewaktu kami ke Masjid Pulapol menunaikan solat Zohor, no tel teksi masih belum dpt. Sehinggalah hampir pukul 4. En. asben bgtau boleh tumpang seorang lelaki yg datang melawat kawannya. Lelaki tu nk blk Seremban n blh tumpangkan kami ke Stesen KTM Bahau. Syukurlah.

Rupanya, pegawai yg bertugas di Pulapol tu bertanyakan setiap pelawat yg dtg. Dtg dr mana n dgn siapa. Untuk membantu kami mendapatkan pengangkutan ke KTM Bahau. Sngtlah helpful. Lalu jumpalah dengan En. Arif yg dtg melawat kawannya pelatih En. Shahab. Pegawai tu bg no badan dan nama En. Shahab pd en. asben. Ke sana ke sini jugalah en.asben memcari pelatih berkenaan. Yela. Punyalah ramai pelatih yg bertemu pelawat. Tp berkat usaha gigih en. asben bertemulah juga dgn En. Arif n En. Shahab. Dptlah kami tumpang En. Arif yg baik ati ke KTM Bahau. Terima kasih ya pegawai pulapol, En. Shahab, En. Arif n en. asben sbb tlg kami dpt blk dgn selamat. Kesimpulannya, walaupun polis ni tegas, tp diorang helpful juga. Yela. siap tanya sorang2 tu pelawat yg dtg sbb nk tumpangkan kami blk. 

Maka dapatlah kami pulang dgn selamatnya dan berakhirlah sesi beraya bersama en. asben di pulapol. Bila balik bersambunglah episod penantian en. asben tamat latihan. 

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN 
dr Puan Punya Blog, En. Asben & seluruh keluarga.

Aidilfitri Part I boleh klik di sini


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...