Friday, September 27, 2013

Enjoying my PortaWiFi

Banyak perkara yang mahu diupdate. Tapi terbantut kerana internet di rumah mengalami masalah yang bertimpa-timpa. Okay. Ceritanya begini.

Saya memerlukan internet di rumah bagi memudahkan kerja-kerja saya. Bukan sahaja kerja-kerja rasmi tetapi juga kerja-kerja tidak rasmi seperti mencari resipi apabila hendak memasak dan update blog juga.

Maka En.Husband telah melanggan PiWiWiMix. Setelah melanggan rupanya indahlah khabar dari rupanya. Tidak okay dan amatlah kami tidak berpuas hati sehingga membawa kepada complaint beberapa kali. Tetapi tiada jalan penyelesaian juga.

Alternatif lain. Kami membeli pula Instanet*. *Sila rujuk google untuk maklumat lanjut. Sekali lagi pelaburan sia-sia kerana Instanet menggunakan rangkaian Celcom maka haruslah jika kami menggunakan sim ini pada modem Maxis tidak akan berjaya. Peringatan penting. Biasanya modem Maxis hanya untuk sim Maxis sahaja. Celcom untuk sim Celcom. Modem mereka tidak menerima sim ahli keluarga lain melainkan keluarga mereka sahaja. Melainkan modem itu diunlock terlebih dahulu.

Huh. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk melanggan broadband yang standard, sim dan modemnya diberikan bersama, yang coverage lebih meluas. Dan inilah pilihan kami. AlhamduLillah.


Hehe. PortaWiFi by Celcom


Cucuk je & enjoying internet
Plug in pada soket boleh WiFi untuk 5 devices. Berbaloi-baloi. 

Dan inilah pakejnya. Silalah pilih ikut kemampuan. Kami pilih yang Basic je. Kuota pun tak banyak. Jadi silalah berjimat-cermat dan tidak mendownload sesuka hati. Sumber dari website Celcom


Semoga selepas ini rajinlah tuan tanah membuat kerja dan mengupdate blog juga. Terima kasih kepada tuan sponsor iklan ini.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...