Monday, September 30, 2013

Study in progress

Study in progress. Seorang satu meja. TV harus off. Fokusnya la hai. 

Apabila suami bakal menduduki peperiksaan. Isteri pula ada kerja yang berlambakan. Maka setuplah study room express. Study merangkap family quality time merangkap dating di rumah. 

Kepada adik-adik remaja-remaji pemuda pemudi siswa-siswi dan siapa-siapa yg seangkatan dengannya, pilihlah cara dating atau bersama yang dihalalkan. Pasti lebih indah dan seronok. Plus plus bonus berkat lagi. InsyaAllah maruah terpelihara. Sama-samalah kita berusaha ke arah yg lebih baik. Peace


Friday, September 27, 2013

Enjoying my PortaWiFi

Banyak perkara yang mahu diupdate. Tapi terbantut kerana internet di rumah mengalami masalah yang bertimpa-timpa. Okay. Ceritanya begini.

Saya memerlukan internet di rumah bagi memudahkan kerja-kerja saya. Bukan sahaja kerja-kerja rasmi tetapi juga kerja-kerja tidak rasmi seperti mencari resipi apabila hendak memasak dan update blog juga.

Maka En.Husband telah melanggan PiWiWiMix. Setelah melanggan rupanya indahlah khabar dari rupanya. Tidak okay dan amatlah kami tidak berpuas hati sehingga membawa kepada complaint beberapa kali. Tetapi tiada jalan penyelesaian juga.

Alternatif lain. Kami membeli pula Instanet*. *Sila rujuk google untuk maklumat lanjut. Sekali lagi pelaburan sia-sia kerana Instanet menggunakan rangkaian Celcom maka haruslah jika kami menggunakan sim ini pada modem Maxis tidak akan berjaya. Peringatan penting. Biasanya modem Maxis hanya untuk sim Maxis sahaja. Celcom untuk sim Celcom. Modem mereka tidak menerima sim ahli keluarga lain melainkan keluarga mereka sahaja. Melainkan modem itu diunlock terlebih dahulu.

Huh. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk melanggan broadband yang standard, sim dan modemnya diberikan bersama, yang coverage lebih meluas. Dan inilah pilihan kami. AlhamduLillah.


Hehe. PortaWiFi by Celcom


Cucuk je & enjoying internet
Plug in pada soket boleh WiFi untuk 5 devices. Berbaloi-baloi. 

Dan inilah pakejnya. Silalah pilih ikut kemampuan. Kami pilih yang Basic je. Kuota pun tak banyak. Jadi silalah berjimat-cermat dan tidak mendownload sesuka hati. Sumber dari website Celcom


Semoga selepas ini rajinlah tuan tanah membuat kerja dan mengupdate blog juga. Terima kasih kepada tuan sponsor iklan ini.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...