Wednesday, August 22, 2012

Aidilfitri 2012- Part I

Salam. Rasanya belum terlambat nak ucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Pertama kali berhari raya sebagai isteri. Berjauhan dan berhari raya tanpa suami di sisi bukanlah suatu perkara yg mudah. Apatah lagi berhari raya buat kali pertama di rumah mertua tanpa suami bersama. Apapun pengalaman itu perlu dikutip. Supaya lebih matang meniti hari esok. Saya bersyukur walaupun berjauhan tp Allah masih meminjamkan saya suami tersayang sehingga hari ini. Dibandingkan orang2 yg saya kenali, kehilangan suami pada usia yg muda...pasti lebih sukar berbanding saya.

Saya sangat menantikan hari raya ke-2. Menaiki keretapi dari KK ke Bahau untuk melawat dan beraya bersama suami. Bergerak dr KK sekitar jam 10 malam. Dijangkakan tiba di Bahau sekital 5.30pg raya ke-3. Tp entah di mana silapnya, keretapi mengalami kelewatan. Diburukkan lagi saya dan keluarga tersalah stesen. Rupanya kami turun di Triang..masih lagi dalam negeri Pahang dan bukannya Bahau di Negeri Sembilan. Kami terpaksa mengambil teksi dr Triang ke Pulapol yg tambangnya 1**. Mahalnya memang sngt dirasai tp itulah sahaja pilihan yg ada.

Syukurlah kami dibenarkan memasiki Pulapol walaupun belum waktu melawat. Saya tau en.suami ada tugas sehingga pukul 10pg. Saya cuma menanti sehingga saya terlihat kelibatnya berkawad..

To be continued..


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...