Thursday, September 20, 2012

Untuk para isteri...


Salah satu dari tanggungjawab isteri ialah memberi layanan yang baik kepada suaminya. Amatilah apa yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam banyak hadisnya mengenai ganjaran untuk para isteri. Antara lainnya ialah:

  1. Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun.
  2. Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suami lebih baik daripada isteri itu mengerjakan haji dan umrah.
  3. Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengerjakan 1000 ekor kambing untuk sebagai sedekah kepada fakir miskin.
  4. Apabila isteri hamil ia dicatatkan sebagai syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.
  5. Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan mesra terhadap suami adalah menjadi tasbih(zikir).
  6. Tidak akan putus ganjaran oleh Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya mengembirakan suaminya.
  7. Apabila meninggal dunia seorang isteri sedang suaminya redha nescaya dimasukkan ia ke dalam syurga.
  8. Seorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardukan keatasnya, berpuasa pada bulan ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suami maka berhaklah ia masuk ke syurga dari mana-mana pintu yang ia suka.


Demikianlah hak dan tanggungjawab isteri terhadap suami dan rumahtangga serta ganjaran pahala dari Allah kepada seorang isteri yang solehah.

Semoga kaum HAWA semua mendapat keberkatan oleh Allah SWT…

p/s : Syukur pada Allah. kerana memberi peluang menjadikan sy seorang isteri.. Terima kasih kepada suami tersayang. Kerana menjadikan sy Qurratu A'yun nya. InsyaAllah. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...