Thursday, October 11, 2012

rezeki dan kebahagiaan

Saya bertemu dengan seorang kawan lama di kafetaria. Dia seorang 'Housemanship Officer' di tempat sy menimba ilmu. Rezekinya murah dikurniakan Allah SWT dengan pekerjaan yg baik, dan mempunyai suami dan anak yg menceriakan hidup. Tetapi itu kisah dia.

Kisah sy? Walaupun masih lagi dgn pengajian sy, syukur sy juga ada suami n keluarga yg bahagia. Rezeki itu walaupun tidak mewah tp sy masih cukup makan pakai. Tinggal di rumah yg selesa bg saya dan mempunyai kenderaan untuk ke sana sini mencari rezeki sambil menimba ilmu. InsyaAllah, di masa hadapan, selepas tamat pengajian, semoga diizinkan Allah SWT untuk mempunyai pekerjaan yg baik. Untuk bantu suami dan memberikan yg terbaik kpd bakal anak2 kami. Banyaknya nikmat dan kurniaan Allah SWT kpd saya mmg tidak terhitung. Selalu terfikir sendiri. Bila sy mendapat kesusahan dan ujian, berapa sangatlah kesukaran dan ujian berbanding nikmat dan rezeki yg Allah SWT berikan kepada saya yg setiap kali saya rasai dalam setiap nafas saya dalam sedar atau tidak. Saya tidak mahu terlalu mengejar. Membandingkan diri dengan orang lain. Saya yakin setiap orang ada rezeki masing2. Allah SWT memberikan apa yg saya perlukan. Bukan apa yang saya mahu.

"Dan sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya nescaya mereka akan berbuat melampaui batas bumi, tetapi Dia menurunkan dengan ukuran yang Dia kehendaki. Sungguh, Dia Maha Teliti terhadap (keadaan) hamba-hambaNya, Maha Melihat" (Asy-Syura :27)

”Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya” (Al-Baqarah : 216)

Sungguh. Saya takut saya alpa dan sentiasa berkeluh kesah dengan kesusahan. Saya mahu tergolong dalam golongan yg sedikit.

Seperti Firman Allah


"dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur" Saba':13



Peringatan bersama. Moga Allah redha.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...