Friday, January 6, 2012

antara dhuha dan rezeki

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu . Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

Mendengar alunan doa dhuha itu pun sudah cukup indah apatah lagi jika mengerjakannya. InsyaAllah, rezeki itu dtg daripada Allah SWT. Jika Dia menghendakkan kesenangan kepada kita, nescaya Dia akan permudahkan. Solat sunat dhuha itu pembuka pintu rezeki. Rezeki itu boleh diertikan secara meluas. Kita mempunyai wang hatta rm1 adalah rezeki. Kita cukup makan pakai itulah rezeki. Kita diberikan kesenangan agar boleh menuntut ilmu itu juga rezeki. Rezeki dan pertolongan Allah SWT itu datang melalui pelbagai cara. Sama ada dlm kita menyedarinya dan mensyukurinya, atau dalam kealpaan kita mengejar kesenangan yg dirasakan tidak pernah cukup.

InsyaAllah. Sama-samalah kita berusaha membaiki diri. Semoga dengan Dhuha, amal pekerjaan kita lebih diberkati, diberi ketenangan dalam menghadapi hidup seharian dan dipermudahkan jalan bagi kita untuk mencapai kejayaan.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan :

"Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan"


( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Panduan solat sunat Dhuha 2 rakaat :

Solat sunat Dhuha dilaksanakan sekitar antara jam 8.00 pagi sehingga 1.00 ptg tetapi afdalnya ketika matahari meninggi dan telah panas sinarnya.

Rakaat pertama : Selepas takbir dan niat, dibaca surah Al-Fatihah diikuti Surah As-Syam

Rakaat kedua : Dibaca surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha

Selepas selesai solat, dibaca doa Dhuha seperti permulaan entri


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...