Wednesday, September 26, 2012

Thursday, September 20, 2012

Untuk para isteri...


Salah satu dari tanggungjawab isteri ialah memberi layanan yang baik kepada suaminya. Amatilah apa yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam banyak hadisnya mengenai ganjaran untuk para isteri. Antara lainnya ialah:

  1. Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun.
  2. Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suami lebih baik daripada isteri itu mengerjakan haji dan umrah.
  3. Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengerjakan 1000 ekor kambing untuk sebagai sedekah kepada fakir miskin.
  4. Apabila isteri hamil ia dicatatkan sebagai syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.
  5. Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan mesra terhadap suami adalah menjadi tasbih(zikir).
  6. Tidak akan putus ganjaran oleh Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya mengembirakan suaminya.
  7. Apabila meninggal dunia seorang isteri sedang suaminya redha nescaya dimasukkan ia ke dalam syurga.
  8. Seorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardukan keatasnya, berpuasa pada bulan ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suami maka berhaklah ia masuk ke syurga dari mana-mana pintu yang ia suka.


Demikianlah hak dan tanggungjawab isteri terhadap suami dan rumahtangga serta ganjaran pahala dari Allah kepada seorang isteri yang solehah.

Semoga kaum HAWA semua mendapat keberkatan oleh Allah SWT…

p/s : Syukur pada Allah. kerana memberi peluang menjadikan sy seorang isteri.. Terima kasih kepada suami tersayang. Kerana menjadikan sy Qurratu A'yun nya. InsyaAllah. 

Sunday, September 16, 2012

Cuti Hari Malaysia

Seronoknya public holiday. Berehat di rumah. Tiada tuisyen. Tiada kerja lab. Tiada manuscript writing yg nk dpt 1 perenggan pn susah. Huhu. Bangun pg ada masa untuk bersenam. Then kemas rumah. Pg pasar beli bahan basah. Masak. Update blog. Surely can't wait 4 next public holiday.. N dat time i wish mr.husband also b here.

Monday, September 10, 2012

Cerita kawan-kawan

cdt : en.google lagi


"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)

Saya ada seorang kawan. Namanya Cik Non. Dia ialah seorang kawan yang baik hati dan rajin. Maka setelah berkawan dengan Cik Non dapatlah saya menumpang kerajinannya dan menjadi sedikit rajin juga. Terima kasih Cik Non. Saya berdoa semoga kawan saya ini diberkati Allah, dimurahkan rezeki, mendapat jodoh yg baik, serta bahagia di dunia dan akhirat. Sekian saja karangan untuk kerja rumah sekolah rendah saya. 


Wednesday, September 5, 2012

Aidilfitri - Part II

Tidak mampu digambarkan perasaan ketika melihat wajah asben selepas hampir dua bulan tidak bertemu. Syukurlah kerana dia sihat walafiat selepas kecederaan kaki awal Ramadhan lalu. Tetapi...Ya Allah, dia sngt kurus. Mungkin sebab berpuasa + training juga. Saya sngt risau sbb sayalah yg lebih gemuk. Huu..haruslah diet dgn lebih gigih. Diet la sngt. Ahha.


Ermm..let's d pics tell us d story...


Walaupun perasaan sungguh riang ria apabila berjumpa n berhari raya bersama suami, kami sngt susah hati tentang pengangkutan kami untuk balik dr Pulapol ke stesen keretapi Bahau. Asben bertanyakan no. telefon kepada beberapa pegawai di Pulapol. Ciannya en. asben sbb ke hulu ke hilir bertanyakan no tel dgn berkawad bagai. Sewaktu kami ke Masjid Pulapol menunaikan solat Zohor, no tel teksi masih belum dpt. Sehinggalah hampir pukul 4. En. asben bgtau boleh tumpang seorang lelaki yg datang melawat kawannya. Lelaki tu nk blk Seremban n blh tumpangkan kami ke Stesen KTM Bahau. Syukurlah.

Rupanya, pegawai yg bertugas di Pulapol tu bertanyakan setiap pelawat yg dtg. Dtg dr mana n dgn siapa. Untuk membantu kami mendapatkan pengangkutan ke KTM Bahau. Sngtlah helpful. Lalu jumpalah dengan En. Arif yg dtg melawat kawannya pelatih En. Shahab. Pegawai tu bg no badan dan nama En. Shahab pd en. asben. Ke sana ke sini jugalah en.asben memcari pelatih berkenaan. Yela. Punyalah ramai pelatih yg bertemu pelawat. Tp berkat usaha gigih en. asben bertemulah juga dgn En. Arif n En. Shahab. Dptlah kami tumpang En. Arif yg baik ati ke KTM Bahau. Terima kasih ya pegawai pulapol, En. Shahab, En. Arif n en. asben sbb tlg kami dpt blk dgn selamat. Kesimpulannya, walaupun polis ni tegas, tp diorang helpful juga. Yela. siap tanya sorang2 tu pelawat yg dtg sbb nk tumpangkan kami blk. 

Maka dapatlah kami pulang dgn selamatnya dan berakhirlah sesi beraya bersama en. asben di pulapol. Bila balik bersambunglah episod penantian en. asben tamat latihan. 

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN 
dr Puan Punya Blog, En. Asben & seluruh keluarga.

Aidilfitri Part I boleh klik di sini


Tuesday, August 28, 2012

Takut...

sumber : en.google
Takut itu adalah sifat yang negatif...tp itulah yg sy rasakan apabila membaca blog beberapa org isteri dan anak kepada anggota polis. Mereka membayangkan hidup yg penuh cabaran, berpindah randah, menuntut kesabaran yang tinggi dan memahami tugas suami/ayah mereka. Huuu..mampukah saya? Sungguh. sy terfikirkan ketakutan untuk menempuh realitinya selepas en.suami tamat latihan kelak walaupun mmg x sabar menunggu waktu itu tiba.. Ya Allah, padaMu kami bermohon. Permudahkanlah urusan kami dan mohon dilimpahkan kebahagiaan dan kerukunan dalam rumah tangga dan kehidupan kami..Amin..

Sunday, August 26, 2012

Erti hidup pada memberi..dan memberi kerana Allah

PETIKAN: 'Nota Hati Seorang Lelaki' (Pahrol Mohd Juoi)


Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya.
Beginilah kisahnya.

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak.... " Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.
"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak Ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, Sukar ditembak reaksinya.
"Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.

"Takkan 5 ringgit?" Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.
Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri."Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.
Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

"Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak."Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta! Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk
sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.
Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :

"Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula.DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa?

MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...