life is full of uncertainties..just keep trying, keep smiling, keep working at it but just never give up
Friday, November 9, 2012
Gambar ini
Wednesday, November 7, 2012
Penantian sudah menemui jawapan
Suami : Abg minta kawan tolong check tempat posting kt Bukit Aman. Dh dapat tahu keputusannya.
Isteri : Owh ye ke. Dpt kt mana? (Dengan rasa teruja yang amat untuk tahu)
Suami : Erm..tekalah...
Isteri : Huu..x boleh nak teka...Kelantan la kot..
Suami : Memang x mungkinlah dapat negeri sendiri.
Isteri : Habis tu ? (Dlm ati : Grrr..ala..bgtau je la)
Suami : Pernah dgr Kapit, Sarawak x? Erm dlm 3 jam perjalanan naik bot. Abg dapat Pasukan Gerakan Am...kena sambung training lagi 3 bulan.
Isteri : Ha..iya ke? (Dengan nada mendatar..Gaya2 pasrah tp tgh pk mcm2 dlm kepala)
Suami : Haah. Awak ok ke?
Isteri : Abg ni betul ke? (Ada berbaur nada tidak percaya)
Suami : Hahaha..(gelak jahat).x adalah..kena posting negeri sebelah je..
Isteri : (Bluurrr) Kt mana? Aduish.cuba bgtau btl2...
Suami : Kena lapor diri kt IPK Tganu
Syukur AlhamduLillah..sekurang2nya en.suami tidak ditugaskan di negeri yang pelik2. Ada ke negeri yg pelik? Hehe. Sy agak lega. Walaupun sebelum berita disampaikan, saya sudah semaikan dalam diri sendiri, redhalah walau suami ditugaskan di Sabah/Sarawak. Apapun, sy yakin, Allah SWT adalah sebaik2 perancang. Pasti ada hikmah suami ditempatkan di Terengganu.
Monday, November 5, 2012
Cermin diri
- Bergaul dengan orang kaya, akan bertambah kecintaan pada harta
- Bergaul dengan orang miskin, akan bertambah sifat redha
- Bergaul dengan para penguasa, akan bertambah sifat takabbur
- Bergaul dengan wanita/ lelaki bukan mahram, akan bertambah syahwat
- Bergaul dengan kanak-kanak, akan cinta pada permainan
- Bergaul dengan orang fasik, akan bertambah keberaniaan berbuat maksiat & melambatkan taubat
- Bergaul dengan orang soleh, akan bertambah keseronokan untuk membuat amalan
- Bergaul dengan orang a’lim (ulama), akan bertambah ilmu & semangat untuk mengamalkan agama
Wednesday, October 31, 2012
Today. Three years ago.
Hari ini. Tiga tahun lepas. Kali pertama saya mengenali insan yang telah menjadi Imam kepada saya dan nakhoda kpd kehidupan saya. Sama-sama berada di negeri serambi Mekah ini. Tapi saya mengenali Imam saya di Hetel De Palma Jalan Ampang.
AlhamduLillah.
Syukur di atas segala nikmat kebahagiaan yang Allah SWT berikan kepada kami. Semoga kami tidak leka dengan kebahagiaan pinjaman ini sehingga lupa kebahagiaan yang hakiki. Semoga kami tabah melalui onak duri dalam perjalanan kehidupan dan rumahtangga kami. Dikurniakan kami zuriat yg soleh/solehah. Dipelihara hati-hati kami dari perkara mungkar dan kemaksiatan.
Selamat berkenalan untuk tahun ketiga en.suami. Semoga semua kenangan itu sentiasa segar dalam sanubari kita.
Thursday, October 11, 2012
rezeki dan kebahagiaan
Kisah sy? Walaupun masih lagi dgn pengajian sy, syukur sy juga ada suami n keluarga yg bahagia. Rezeki itu walaupun tidak mewah tp sy masih cukup makan pakai. Tinggal di rumah yg selesa bg saya dan mempunyai kenderaan untuk ke sana sini mencari rezeki sambil menimba ilmu. InsyaAllah, di masa hadapan, selepas tamat pengajian, semoga diizinkan Allah SWT untuk mempunyai pekerjaan yg baik. Untuk bantu suami dan memberikan yg terbaik kpd bakal anak2 kami. Banyaknya nikmat dan kurniaan Allah SWT kpd saya mmg tidak terhitung. Selalu terfikir sendiri. Bila sy mendapat kesusahan dan ujian, berapa sangatlah kesukaran dan ujian berbanding nikmat dan rezeki yg Allah SWT berikan kepada saya yg setiap kali saya rasai dalam setiap nafas saya dalam sedar atau tidak. Saya tidak mahu terlalu mengejar. Membandingkan diri dengan orang lain. Saya yakin setiap orang ada rezeki masing2. Allah SWT memberikan apa yg saya perlukan. Bukan apa yang saya mahu.
Sungguh. Saya takut saya alpa dan sentiasa berkeluh kesah dengan kesusahan. Saya mahu tergolong dalam golongan yg sedikit.
Seperti Firman Allah
Peringatan bersama. Moga Allah redha.
Tuesday, October 2, 2012
Sunday, September 30, 2012
tugasan
Ya Allah
Tuhan Yang Maha Agung
Mohon diberikan kekuatan kepadaku
Untuk menyiapkan segala tugasan ini
Mohon dipinjamkan sifat gigih dan sabar
Dijauhi dari sifat malas dan berputus asa
Ya Allah
Kuatkanlah semangatku
Semoga perjuangan di medan ilmu ini dalam rahmat, keberkatan dan kasihMu
Amin.
Wednesday, September 26, 2012
Thursday, September 20, 2012
Untuk para isteri...
- Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun.
- Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suami lebih baik daripada isteri itu mengerjakan haji dan umrah.
- Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengerjakan 1000 ekor kambing untuk sebagai sedekah kepada fakir miskin.
- Apabila isteri hamil ia dicatatkan sebagai syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.
- Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan mesra terhadap suami adalah menjadi tasbih(zikir).
- Tidak akan putus ganjaran oleh Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya mengembirakan suaminya.
- Apabila meninggal dunia seorang isteri sedang suaminya redha nescaya dimasukkan ia ke dalam syurga.
- Seorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardukan keatasnya, berpuasa pada bulan ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suami maka berhaklah ia masuk ke syurga dari mana-mana pintu yang ia suka.
Sunday, September 16, 2012
Cuti Hari Malaysia
Seronoknya public holiday. Berehat di rumah. Tiada tuisyen. Tiada kerja lab. Tiada manuscript writing yg nk dpt 1 perenggan pn susah. Huhu. Bangun pg ada masa untuk bersenam. Then kemas rumah. Pg pasar beli bahan basah. Masak. Update blog. Surely can't wait 4 next public holiday.. N dat time i wish mr.husband also b here.
Monday, September 10, 2012
Cerita kawan-kawan
Saya ada seorang kawan. Namanya Cik Non. Dia ialah seorang kawan yang baik hati dan rajin. Maka setelah berkawan dengan Cik Non dapatlah saya menumpang kerajinannya dan menjadi sedikit rajin juga. Terima kasih Cik Non. Saya berdoa semoga kawan saya ini diberkati Allah, dimurahkan rezeki, mendapat jodoh yg baik, serta bahagia di dunia dan akhirat. Sekian saja karangan untuk kerja rumah sekolah rendah saya.
Wednesday, September 5, 2012
Aidilfitri - Part II
Tuesday, August 28, 2012
Takut...
Sunday, August 26, 2012
Erti hidup pada memberi..dan memberi kerana Allah
Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya.
Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak.... " Ada duit? Minta ayah sedikit.."
Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.
"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak Ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, Sukar ditembak reaksinya.
"Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.
"Takkan 5 ringgit?" Emak mengganguk.
Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.
Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.
Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).
Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.
Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri."Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.
Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.
"Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak."Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.
Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta! Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk
sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.
Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :
"Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.
"Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula.DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."
Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa?
Thursday, August 23, 2012
Lagu dari suami
Ku senandungkan lagu untuk mu yang jauh di mata
Daku kirimkan kasih di angin lalu
Semoga kan hilang rasa rindu
Hilang pilu resah di kalbu
Maafkan daku kerana tak dapat bersama mu sayang
Di hari raya hari yang bahagia
Kerana tugas pada negara
Dan semoga kekal sejahtera
Ku harap dikau gembira
Oh di samping ayah serta bonda
Untuk keluarga tercinta
Ku ucapkan Selamat Hari Raya
Dengarlah sayang aku hulur pengganti diriku
Semoga kau akan terhibur selalu
Di dalam suasana hari raya
Terimalah dengan rasa bangga
p/s : trima kasih. i've always been very proud of u..
Wednesday, August 22, 2012
Aidilfitri 2012- Part I
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.
Pertama kali berhari raya sebagai isteri. Berjauhan dan berhari raya tanpa suami di sisi bukanlah suatu perkara yg mudah. Apatah lagi berhari raya buat kali pertama di rumah mertua tanpa suami bersama. Apapun pengalaman itu perlu dikutip. Supaya lebih matang meniti hari esok. Saya bersyukur walaupun berjauhan tp Allah masih meminjamkan saya suami tersayang sehingga hari ini. Dibandingkan orang2 yg saya kenali, kehilangan suami pada usia yg muda...pasti lebih sukar berbanding saya.
Saya sangat menantikan hari raya ke-2. Menaiki keretapi dari KK ke Bahau untuk melawat dan beraya bersama suami. Bergerak dr KK sekitar jam 10 malam. Dijangkakan tiba di Bahau sekital 5.30pg raya ke-3. Tp entah di mana silapnya, keretapi mengalami kelewatan. Diburukkan lagi saya dan keluarga tersalah stesen. Rupanya kami turun di Triang..masih lagi dalam negeri Pahang dan bukannya Bahau di Negeri Sembilan. Kami terpaksa mengambil teksi dr Triang ke Pulapol yg tambangnya 1**. Mahalnya memang sngt dirasai tp itulah sahaja pilihan yg ada.
Syukurlah kami dibenarkan memasiki Pulapol walaupun belum waktu melawat. Saya tau en.suami ada tugas sehingga pukul 10pg. Saya cuma menanti sehingga saya terlihat kelibatnya berkawad..
To be continued..
Saturday, August 11, 2012
Berhenti berharap
Title mcm putus cinta je. X adalah sampai begitu. Cuma rasa kecewa itu tak dapat nk dinafikan lagi. Kecewa bersulam kesedihan. Hari khamis. Menunggu panggilan seperti biasa memandangkan rabu en.husband sudah tidak call..biasanya kalau hari ini tidak call, esok mesti akan call. Bagaikan sudah dpt mengagak, sekitar jam 5 ptg sy ke bahagian depan lab sebab postgrad room x ada signal cel**m sngt..x smpai 5 minit menunggu, no public phone muncul kt screen..perbualan seperti biasa sebelum sy dikhabarkn tntg cuti raya pelatih pulapol yg x diluluskn.
Terkesima. Kelu. Sebak. Impian sy untuk sambut Aidilfitri bersama..bersalam mohon maaf di Aidilfitri kali pertama tidak kesampaian. Owh. Kehidupan sebenar tidak seindah cerita novel. Tak seperti cerita drama.
Selamat beribadah di sepuluh terakhir Ramadhan. Semoga kita tergolong dlm mereka yg beroleh keampunanNya.
Thursday, August 2, 2012
Kembali ke zaman dahulu kala
Tuesday, July 31, 2012
2 months
It has been 2 months since our 'akad nikah'. Selamat Ulangbulan ke-2. Semoga kasih sayang dan ikatan yg dibina berkekalan InsyaAllah di dunia dan akhirat. Terima kasih kerana sentiasa memahami dan menyokong walau serendah mana sy berada. Terima kasih juga atas penerimaan dan rasa cinta. Semoga Allah merahmati kita dan keluarga kita sentiasa.
Salam sayang,
MRS
Thursday, July 26, 2012
Ramadhan yang pertama
Sudah 5 hari berpuasa di bulan Ramadhan. Selamat menghargai Ramadhan buat semua. Ramadhan ini juga yg pertama bagi saya sebagai isteri. AlhamduLillah.. sempurna sudah majlis kami hampir sebulan yg lalu. Terima kasih buat semua yg membantu dan hadir memeriahkan. Walaupun kami PJJ dgn komunisasi yg sngt terbatas, kami terima sebagai dugaan dalam perkahwinan kami. Semoga Ramadhan kali ini membuka ruang untuk menambah baik kehidupan kita semua... Doakan kami dapat mengharungi alam rumah tangga ini sebaiknya demi mencari cinta agung cinta Ilahi.... Salam Ramadhan buat semua...
Monday, March 5, 2012
Tuesday, January 10, 2012
Gratitude and Shukr
Thank you Allah <3<3
Yezza..that's what I am!

Friday, January 6, 2012
antara dhuha dan rezeki

"Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan"
Panduan solat sunat Dhuha 2 rakaat :
Solat sunat Dhuha dilaksanakan sekitar antara jam 8.00 pagi sehingga 1.00 ptg tetapi afdalnya ketika matahari meninggi dan telah panas sinarnya.
Wednesday, January 4, 2012
Be strong and work hard

all work for Allah SWT
all deeds must be sincere
all efforts must be the best
all results must be accepted
all conditions must be pleased
You've achieved success in your field when you don't know whether what you're doing is work or play. - Warren Beatty