Friday, November 9, 2012

Gambar ini


From : Fb Sebelum engkau halal bagiku

Sungguhlah indah. Sebuah keluarga sakinah itu. Ya Allah, semoga aku juga begini. 

Wednesday, November 7, 2012

Penantian sudah menemui jawapan

Perbualan telefon sebaik sahaja keluar dari bilik supervisor, 6 Nov 2012

Suami    :  Abg minta kawan tolong check tempat posting kt Bukit Aman. Dh dapat tahu keputusannya.
Isteri      :  Owh ye ke. Dpt kt mana? (Dengan rasa teruja yang amat untuk tahu)
Suami    :  Erm..tekalah...
Isteri      :  Huu..x boleh nak teka...Kelantan la kot..
Suami    :  Memang x mungkinlah dapat negeri sendiri.
Isteri      :  Habis tu ? (Dlm ati : Grrr..ala..bgtau je la)
Suami    :  Pernah dgr Kapit, Sarawak x? Erm dlm 3 jam perjalanan naik bot. Abg dapat Pasukan Gerakan                   Am...kena sambung training lagi 3 bulan.
Isteri      :  Ha..iya ke? (Dengan nada mendatar..Gaya2 pasrah tp tgh pk mcm2 dlm kepala)
Suami    :  Haah. Awak ok ke?
Isteri      :  Abg ni betul ke? (Ada berbaur nada tidak percaya)
Suami    :  Hahaha..(gelak jahat).x adalah..kena posting negeri sebelah je..
Isteri      :  (Bluurrr) Kt mana? Aduish.cuba bgtau btl2...
Suami    :  Kena lapor diri kt IPK Tganu

Syukur AlhamduLillah..sekurang2nya en.suami tidak ditugaskan di negeri yang pelik2. Ada ke negeri yg pelik? Hehe. Sy agak lega. Walaupun sebelum berita disampaikan, saya sudah semaikan dalam diri sendiri, redhalah walau suami ditugaskan di Sabah/Sarawak. Apapun, sy yakin, Allah SWT adalah sebaik2 perancang. Pasti ada hikmah suami ditempatkan di Terengganu.

Ya Allah, tempatkanlah aku pada tempat yang diberkati dan Engkau adalah sebaik-baik pemberi tempat.
Al-Mu'minun : 29

p/s : Semoga hari-hari mendatang menjanjikan sesuatu yg lebih baik untuk kita. Peace no war. Hehe =)

Monday, November 5, 2012

Cermin diri


pic from en.google

Dari 8 orang ini, periksa diri, dengan siapa kita bergaul saban hari.
  • Bergaul dengan orang kaya, akan bertambah kecintaan pada harta
  • Bergaul dengan orang miskin, akan bertambah sifat redha
  • Bergaul dengan para penguasa, akan bertambah sifat takabbur
  • Bergaul dengan wanita/ lelaki bukan mahram, akan bertambah syahwat
  • Bergaul dengan kanak-kanak, akan cinta pada permainan
  • Bergaul dengan orang fasik, akan bertambah keberaniaan berbuat maksiat & melambatkan taubat
  • Bergaul dengan orang soleh, akan bertambah keseronokan untuk membuat amalan
  • Bergaul dengan orang a’lim (ulama), akan bertambah ilmu & semangat untuk mengamalkan agama

Jadi, dengan siapa sebenarnya kita bergaul saban hari kerana itu cerminan sifat kita…

Sumber : twitter @DrAnwarFazal

Wednesday, October 31, 2012

Today. Three years ago.

pinjam dr :  noormalashahar

311009 - 311012

Hari ini. Tiga tahun lepas. Kali pertama saya mengenali insan yang telah menjadi Imam kepada saya dan nakhoda kpd kehidupan saya. Sama-sama berada di negeri serambi Mekah ini. Tapi saya mengenali Imam saya di Hetel De Palma Jalan Ampang.

AlhamduLillah.
Syukur di atas segala nikmat kebahagiaan yang Allah SWT berikan kepada kami. Semoga kami tidak leka dengan kebahagiaan pinjaman ini sehingga lupa kebahagiaan yang hakiki. Semoga kami tabah melalui onak duri dalam perjalanan kehidupan dan rumahtangga kami. Dikurniakan kami zuriat yg soleh/solehah. Dipelihara hati-hati kami dari perkara mungkar dan kemaksiatan.

Selamat berkenalan untuk tahun ketiga en.suami. Semoga semua kenangan itu sentiasa segar dalam sanubari kita.

Thursday, October 11, 2012

rezeki dan kebahagiaan

Saya bertemu dengan seorang kawan lama di kafetaria. Dia seorang 'Housemanship Officer' di tempat sy menimba ilmu. Rezekinya murah dikurniakan Allah SWT dengan pekerjaan yg baik, dan mempunyai suami dan anak yg menceriakan hidup. Tetapi itu kisah dia.

Kisah sy? Walaupun masih lagi dgn pengajian sy, syukur sy juga ada suami n keluarga yg bahagia. Rezeki itu walaupun tidak mewah tp sy masih cukup makan pakai. Tinggal di rumah yg selesa bg saya dan mempunyai kenderaan untuk ke sana sini mencari rezeki sambil menimba ilmu. InsyaAllah, di masa hadapan, selepas tamat pengajian, semoga diizinkan Allah SWT untuk mempunyai pekerjaan yg baik. Untuk bantu suami dan memberikan yg terbaik kpd bakal anak2 kami. Banyaknya nikmat dan kurniaan Allah SWT kpd saya mmg tidak terhitung. Selalu terfikir sendiri. Bila sy mendapat kesusahan dan ujian, berapa sangatlah kesukaran dan ujian berbanding nikmat dan rezeki yg Allah SWT berikan kepada saya yg setiap kali saya rasai dalam setiap nafas saya dalam sedar atau tidak. Saya tidak mahu terlalu mengejar. Membandingkan diri dengan orang lain. Saya yakin setiap orang ada rezeki masing2. Allah SWT memberikan apa yg saya perlukan. Bukan apa yang saya mahu.

"Dan sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya nescaya mereka akan berbuat melampaui batas bumi, tetapi Dia menurunkan dengan ukuran yang Dia kehendaki. Sungguh, Dia Maha Teliti terhadap (keadaan) hamba-hambaNya, Maha Melihat" (Asy-Syura :27)

”Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya” (Al-Baqarah : 216)

Sungguh. Saya takut saya alpa dan sentiasa berkeluh kesah dengan kesusahan. Saya mahu tergolong dalam golongan yg sedikit.

Seperti Firman Allah


"dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur" Saba':13



Peringatan bersama. Moga Allah redha.

Sunday, September 30, 2012

tugasan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Ya Allah
Tuhan Yang Maha Agung
Mohon diberikan kekuatan kepadaku
Untuk menyiapkan segala tugasan ini
Mohon dipinjamkan sifat gigih dan sabar
Dijauhi dari sifat malas dan berputus asa
Ya Allah
Kuatkanlah semangatku
Semoga perjuangan di medan ilmu ini dalam rahmat, keberkatan dan kasihMu
Amin.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...